Tukar LCD & Skrin Pecah di Sungai Petani - Warranty 3 Bulan
Skrin phone pecah, touch tak jalan, atau skrin jadi hitam dengan garis pelik? Di iPRO SP Amanjaya kami tukar LCD untuk semua model iPhone, Samsung, OPPO, Vivo, Xiaomi, Realme dan Redmi. Kebanyakan siap dalam 30-60 minit dengan warranty 3 bulan.
Skrin pecah tak semestinya kena tukar LCD penuh
Ini benda yang ramai orang tak tahu, dan sebab tu ramai bayar lebih daripada patut.
Skrin phone ada dua lapisan - kaca luar (yang anda sentuh) dan LCD/OLED (panel paparan di bawahnya). Kalau yang retak cuma kaca luar dan paparan masih elok, touch masih jalan, warna masih normal - kadang-kadang anda tak perlu tukar keseluruhan panel.
Tapi kalau ada garis hitam, kolam dakwat, warna pelik, atau touch dah tak respon di sebahagian skrin, maknanya panel dalam dah kena dan memang kena tukar.
Sebab tu kami semak dulu secara percuma sebelum cakap apa-apa pasal harga. Kami akan bagitahu anda yang mana satu kes anda, dan anda putuskan.
Tanda LCD anda memang dah kena tukar
- Garis menegak atau melintang kat skrin
- Kolam hitam atau kesan macam dakwat merebak
- Sebahagian skrin tak respon bila disentuh
- Skrin berkelip-kelip atau warna jadi pelik
- Skrin hitam terus walaupun phone ada bunyi dan getar
- Touch jalan sendiri (ghost touch) tanpa disentuh
Berapa harga tukar LCD di Sungai Petani?
Harga LCD paling banyak bergantung pada model dan jenis panel. iPhone Pro Max dengan panel OLED memang jauh lebih mahal daripada model Android pertengahan dengan panel LCD biasa - ini realiti kos parts, bukan markup kedai.
Kami tak paparkan senarai harga penuh kat sini sebab harga panel berubah ikut stok. WhatsApp 013-407 0085 dengan model phone anda, kami bagi harga sebenar hari tu juga.
Setiap tukar LCD datang dengan warranty 3 bulan.
Berapa lama nak siap?
Kebanyakan tukar LCD siap dalam 30 hingga 60 minit. Model yang perlu buka lebih banyak komponen atau yang guna gam khas mungkin ambil masa lebih.
Anda boleh tunggu kat kedai. Kalau kes lebih rumit, kami bagitahu awal-awal berapa lama, bukan suruh anda tunggu tanpa kepastian.
Soalan lazim
Servis lain di iPRO SP
Nak tengok semua servis kami? Kembali ke laman utama iPRO SP.
Semakan percuma, harga dimaklumkan awal
WhatsApp kami dengan model phone anda. Kami reply dengan anggaran harga hari tu juga - tak payah datang dulu.
WhatsApp 013-407 0085