Repair Smartwatch & Apple Watch di Sungai Petani
Skrin Apple Watch retak, jam tak boleh cas, atau bateri smartwatch habis dalam beberapa jam? Bawa masuk ke iPRO SP Amanjaya. Kami semak dahulu secara percuma dan bagitahu terus sama ada ia boleh kami uruskan.
Masalah smartwatch yang paling kerap dibawa masuk
- Skrin retak atau kaca pecah selepas terhantuk
- Bateri habis luar biasa cepat berbanding dahulu
- Jam tak boleh cas atau pad pengecas tak kenal
- Skrin tak respon pada sentuhan atau sebahagian kawasan mati
- Jam kembung sedikit di bahagian belakang
- Butang atau crown tersekat
Bateri kembung pada jam tangan sama seriusnya seperti pada telefon. Kalau bahagian belakang jam terasa menonjol, berhenti pakai dan bawa masuk.
Kenapa repair jam lebih rumit daripada telefon
Smartwatch memampatkan bateri, skrin, sensor dan antena ke dalam ruang yang jauh lebih kecil daripada telefon, dan kebanyakan model dilekat serta diseal untuk kalis air.
Maknanya membuka jam memerlukan haba terkawal dan alat yang lebih halus, dan seal kalis air tak semestinya kembali kepada kekuatan asal selepas dibuka. Kami akan berterus terang tentang ini sebelum memulakan sebarang kerja, supaya anda tahu apa yang anda dapat.
Sebab tu kami semak dahulu dan sahkan sama ada model anda boleh kami uruskan, sebelum bercakap tentang harga.
Cara paling cepat untuk dapatkan jawapan
Model jam berbeza-beza dengan ketara, dan ketersediaan parts pun berubah.
WhatsApp 013-407 0085 dengan model tepat jam anda - contohnya Apple Watch Series 7 45mm, atau Samsung Galaxy Watch 6 - dan hantar gambar kerosakan. Kami sahkan sama ada ia dalam skop kami sebelum anda datang jauh-jauh.
Kalau ia sesuatu yang kami tak boleh uruskan, kami akan cakap terus dan tak akan buang masa anda.
Soalan lazim
Servis lain di iPRO SP
Nak tengok semua servis kami? Kembali ke laman utama iPRO SP.
Semakan percuma, harga dimaklumkan awal
WhatsApp kami dengan model phone anda. Kami reply dengan anggaran harga hari tu juga - tak payah datang dulu.
WhatsApp 013-407 0085