Phone Tak Boleh Cas? Baca Ni Dulu Sebelum Tukar Port
Cas dah cucuk tapi phone tak masuk cas, atau kena pegang wayar pada sudut tertentu baru jalan? Sebelum anda bayar untuk tukar charging port, ada beberapa benda yang patut disemak dulu - dan selalunya masalahnya lebih murah daripada yang anda sangka.
Punca paling biasa: habuk, bukan kerosakan
Ini yang ramai orang tak sangka. Port cas telefon anda terdedah dalam poket seharian, dan lama-kelamaan habuk, gentian kain dan kotoran termampat jadi satu lapisan keras di dalam port.
Bila lapisan tu tebal, kepala kabel tak dapat masuk sepenuhnya sampai ke penghujung. Nampak macam dah cucuk, tapi kontak elektrik tak sempurna - sebab tu cas putus-putus atau langsung tak masuk.
Di iPRO SP kami bersihkan port ni sebagai sebahagian daripada semakan percuma. Kalau itu je masalahnya, anda jimat kos tukar port sepenuhnya. Kami tak akan cadang tukar port kalau tak perlu.
Senarai semak sebelum anda datang
Cuba ni dulu di rumah - ambil masa dua tiga minit je:
- Tukar kabel lain. Kabel putus dalam tanpa kelihatan luar adalah punca nombor satu.
- Tukar adapter atau plug. Kadang adapter yang mati, bukan phone.
- Cuba cas dari port USB komputer atau powerbank lain.
- Tengok dalam port guna lampu suluh - kalau nampak kelabu tebal, itu habuk.
- Restart phone. Bug software kadang buat pengecasan tersekat.
- Perhati sama ada phone panas masa cas - kalau ya, mungkin isu bateri.
Kalau semua ni dah cuba dan masih tak jalan, barulah kemungkinan besar port atau komponen dalam yang bermasalah.
Bila memang kena repair
Tanda port atau litar dalam yang betul-betul rosak:
- Kepala kabel terasa longgar dan goyang dalam port
- Kena pegang wayar pada sudut tertentu baru masuk cas
- Port nampak senget, kemek atau ada pin bengkok
- Phone langsung tak kenal bila dicucuk ke komputer
- Cas masuk sangat perlahan walaupun guna adapter asal
- Ada bau hangit atau kesan hitam berhampiran port
Kes phone yang pernah masuk air pula selalunya bukan port - pengoksidaan pada litar berhampiran port yang jadi punca sebenar. Itu perlu dibuka dan diperiksa, bukan sekadar tukar port.
Berapa lama dan berapa kos
Pembersihan port siap dalam beberapa minit sahaja dan termasuk dalam semakan percuma.
Kalau port memang perlu ditukar, kebanyakan kes siap dalam 30 hingga 45 minit dan datang dengan warranty 30 hari untuk repair jenis ini.
Harga bergantung pada model. WhatsApp 013-407 0085 dengan model phone anda dan ceritakan gejalanya - kami boleh bagi anggaran sebelum anda datang.
Soalan lazim
Servis lain di iPRO SP
Nak tengok semua servis kami? Kembali ke laman utama iPRO SP.
Semakan percuma, harga dimaklumkan awal
WhatsApp kami dengan model phone anda. Kami reply dengan anggaran harga hari tu juga - tak payah datang dulu.
WhatsApp 013-407 0085