Phone Masuk Air di Sungai Petani - Apa Yang Kena Buat Sekarang
Phone jatuh dalam air, tandas, atau kena hujan lebat? Apa yang anda buat dalam sejam pertama menentukan sama ada phone tu boleh diselamatkan atau tidak. Baca ni dulu sebelum buat apa-apa.
Buat ni dulu - sekarang juga
- Matikan phone terus. Jangan tunggu. Arus elektrik bercampur air itulah yang bakar litar, bukan air semata-mata.
- Jangan cas. Ini kesilapan paling besar. Mengecas phone yang basah hampir pasti akan rosakkan motherboard.
- Jangan tekan butang atau goyang phone. Anda cuma tolak air masuk lebih dalam.
- Lap bahagian luar dengan kain kering dan biarkan port menghadap ke bawah.
- Bawa masuk kedai secepat mungkin. Setiap jam yang lewat, karat mula terbentuk.
Jangan letak dalam beras. Betul, jangan.
Ini nasihat yang paling banyak tersebar dan paling banyak merosakkan phone.
Beras tidak menyedut air dari dalam phone. Yang berlaku sebenarnya, phone anda duduk lembap selama berjam-jam sementara pengoksidaan dan karat terus berjalan pada litar. Habuk beras pula boleh masuk ke dalam port pengecas dan speaker, tambah satu lagi masalah.
Apa yang betul-betul diperlukan ialah phone dibuka, dibersihkan dari sisa air dan pengoksidaan, dan dikeringkan dengan cara yang betul. Itu kerja yang perlu dibuka casing, bukan diletak dalam mangkuk semalaman.
Kalau phone anda baru je masuk air dan masih belum dicas - peluang untuk selamatkan dia masih tinggi. Bawa datang.
Apa yang kami buat pada phone masuk air
Kami buka phone, tanggalkan bateri untuk hentikan arus, dan periksa tahap pengoksidaan pada motherboard dan konektor. Bahagian yang terjejas dibersihkan, kemudian phone dikeringkan dan dipasang semula untuk diuji satu per satu.
Kami akan bagitahu anda dengan jujur apa yang kami jumpa. Kalau motherboard dah terlalu teruk, kami cakap terus dan bincang sama ada berbaloi diteruskan atau lebih baik trade in - bukan kenakan caj untuk kerja yang kami tahu takkan berjaya.
Jujur pasal peluang berjaya
Kami takkan janji 100%. Tiada kedai yang boleh, dan sesiapa yang janji tu tak jujur dengan anda.
Peluang selamat bergantung pada jenis air (air paip lebih baik daripada air laut atau air tandas), berapa lama phone tu basah, dan yang paling penting - sama ada phone tu dihidupkan atau dicas selepas kena air.
Phone yang dibawa masuk dalam beberapa jam pertama dan tak pernah dicas selepas kena air, peluangnya jauh lebih baik. Semakan kami percuma, jadi anda tak rugi apa-apa untuk cuba.
Soalan lazim
Servis lain di iPRO SP
Nak tengok semua servis kami? Kembali ke laman utama iPRO SP.
Semakan percuma, harga dimaklumkan awal
WhatsApp kami dengan model phone anda. Kami reply dengan anggaran harga hari tu juga - tak payah datang dulu.
WhatsApp 013-407 0085